Daisypath Anniversary tickers
Hello there! Assalamualaikum. Welcome & enjoy :)

GET YOUR NUMBER PLEASE :)


Friday, May 11, 2012

SOLAT SOLAT SUNAT

Assalamualaikum umat Nabi Muhammad SAW sekalian. Kaum Adam dan Hawa. Hamba Allah SWT. Kita nak bagitahu beberapa solat solat sunat. Tak semua solat sunat lah, solat sunat yang kebiasaan kita buat :


-Solat Rawatib (10 solat)
-Solat Witir
-Solat Tahajud
-Solat Istikharah
-Solat Sunat Hajat
-Solat sunat Dhuha

SOLAT RAWATIB
Nabi selalu buat solat ini, tak pernah tinggal, tapi Nabi buat solat ni bukan berjemaah. Solat ini penting krana ia brtindak sbgai pnampal sgala yg kurang ktika melakukan solat. Macam kita solat, tak khusyuk, was was. Macam "sah eh tak eh tadi solat aku?" "aku ada buat salah ke tadi?" or ada adik datang kacau. Kucng bising ngiau ngiau kat belakang, elok la buat :) Ada solat Rawatib muakkad dan bukan muakkad.

Muakkad :
2 rakaat sebelum subuh
2 rakaat sebelum & selepas zohor
2 rakaat selepas maghrib
2 rakaat selepas isya

Tak muakkad :
2 rakaat sebelum dan selepas zuhur
4 rakaat sebelum asar
2 rakaat sebelum maghrib
2 rakaat sebelum isya

SOLAT SUNAT WITIR
Solat witir ni lebih kurang je dengan solat rawatib. Cuma bilangan rakkat dia ganjil. 1 rakaat, 3 rakaat. Buat satu pun jadi la. Haha tapi nak buat lebih lebih baik la kan. Nabi rajin buat solat ni, Nabi buat solat ni selepas isya. Masa Nabi buat pun berubah ubah, ada waktu awal malam, pertengahan malam, penghujung malam. Solat ni ada hikmah untk membangunkn kekuatan diri atau syahsiah manusia.

Cara
Solat ni hanya boleh dilakukan selepas isya. Sebaik baiknya dilakukan akhir solat sunat, sbgai pnutup amalan solat pada waktu malam. Nabi pernah bersabda siapa yang rasa dia tk boleh bangun waktu malam. Buat lah awal malam. Kalau yakin boleh bangun, buat la waktu akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam ditonton oleh malaikat :)

Rakaat pertama : surah al-A'la atau sabbihis
Rakkat kedua : al-Kafirun atau Qul ya
Rakaat ketiga atau rakaat yang satu : al-ikhlas dan Mu'awwizain, iaitu surah 3 Qul

Niat:  Sahaja aku solat sebahagian sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta'ala

[!!!] LAFAZ NIAT DALAM 'BAHASA MELAYU' MESTI BACA DALAM HATI, KALAU BACA MELALUI MULUT/MENGELUARKAN SUARA DALAM BAHASA MELAYU AUTOMATIK AKAN BATAL


SOLAT SUNAT TAHAJUD
Tahajud ini bermaksud tidur. Jadi solat ni d'lalukan lepas tdur. Solat ini khusus bg org yg telah tidur lalu bgun. Dalam al-Quran ada sebut "Pada sebahagian malam buatlah solat tahajud sebagai tambahan" solat ni dulu wajib kpd nabi, tapi lepas ada solat fardhu 5 waktu, jadi sunat

Hadis Nabi ada sebut "Siapa yang solat (tahajud) akn dinaikkan tarafnya satu tingkat dan d'hapuskn kejahatannya satu"

Solat tahajud bole dilakukan 8 atau 10 rakaat. Semua solat d'lakukan 2 rakaat satu salam. Solat ni beza dr segi solat malam biasa dr segi masa, iaitu solat mlm d'lakukn sblum tdur dan solat sunat tahajud dilakukan slepas tdur

Niat: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Ta'ala

[!!!] LAFAZ NIAT DALAM 'BAHASA MELAYU' MESTI BACA DALAM HATI, KALAU BACA MELALUI MULUT/MENGELUARKAN SUARA DALAM BAHASA MELAYU AUTOMATIK AKAN BATAL


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat ini contohnya kita keliru, rambang mata, trlalu takut pada risiko, tdk jlas kdudukn, kurg jelas baik/buruknya, slalu mrasa gelisah, rasa trancam, tdak aman atau lain lain. Hal ni djelaskn Allah


 "Manusia itu dciptakn mmpunyai prasaan glisah, kliru, tdk sabar. Apabila dtimpa ksusahan dia keluh, apabila dianugerahkn kebaikan dia jd sombong, kcuali orang yg solat dan tetap melakukan solat."

Cara:
Solay ni bole dilakukn siang atau malam. Nabi tk pernah buat solat ni, tapi dlm satu hadis, kawan Nbi yg bermama Jabir brkata yg nabi pernah mengajarnya cara solat istikharah. Nabi bersabda "Apabila kamu bercita cita mlakukan ssuatu yg trbaik, maka solatlah dua rakaat selain solat fardhu, dan slepas solat bacalah doa"

Disebabkan solat ni solat hajat. So lebih baik buat masa yg mujarab iaitu prtengahan malam. Ketika syahdu itu, mulakan dgn mmbaca al`Quran atau yasin kmudian d'ikuti sikat istikharah.

Rakaat pertama baca surah al-Kafirun dan rakaat kedua surah al-Ikhlas

Niat: Sahaja aku solat sunat istikharah kerana Allah Ta'ala

[!!!] LAFAZ NIAT DALAM 'BAHASA MELAYU' MESTI BACA DALAM HATI, KALAU BACA MELALUI MULUT/MENGELUARKAN SUARA DALAM BAHASA MELAYU AUTOMATIK AKAN BATAL


SOLAT SUNAT HAJAT
Solat ini famous mous mous. So tak yah terangkan pepanjang eh? Solat ni kalau ada dalam kesusahan, nak mohon sesuatu boleh la buat. Solat ini boleh dilakukan pada bila bila masa. Tapi lebih bagik dilakukan pada waktu akhir malam. 3 hingga sebelum subuh.

Cara:
Solat ini boleh dilakukan 2,4,6,8,10,12 rakaat. Ada orang yang buat sampai 32 :) contohnya nak solat 4 rakaat. Hendaklah dilakukan 4 rakaat dua salam sahaja. Kalau 2 rakaat 1 salam. Kalau 12 rakaat 6 salam

Rakaat pertama baca al-Fatihah dan Ayat kursi. Rakaat kedua baca Al-Fatihah dah Al-ikhlas 3 kali. Sujud yang terakhir mohon la apa yang kita nak. Menangislah. Jika awak menangis kerana Allah, hati boleh jadi tenang :) Seeloknya sebelum memohon sesuatu selawat kepada Nabi. Dan yang paling penting, hajat mesti minta dalam hati. Tak boleh bercakap pakai mulut lebih lebih lg mengeluarkan suara. KECUALI, kalau kita reti bahasa arab. Solat tak boleh cakap dlm bahasa melayu. Batal.

Niat : Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala

SOLAT SUNAT DHUHA
Solat ini dilakukan waktu pagi shingga matahari hampir tegak. Pukul 8 pagi sampai 12. Solat ini dilakukan oleh Nabi dan digalakkan para sahabat membuatnya. Nabi solat sampai 40 rakaat :) Solat dhuha boleh hindarkan kita dari sakit sendi. Sesiapa yg membuat akan memperoleh 360 sedekah. Jumlahnya sama dengan pahala bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir dan lain lain. Dalam Quran ada sebut "Sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi"

Cara:
Solat dhuha boleh dilakukan 2,4,6,8,10..... rakaat

Rakaat pertama baca al-Fatihah, surah Wad-dhuha. Rakaat kedua baca surah al-Fatihah dah surah al-Nasr

Niat : Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala


[!!!] LAFAZ NIAT DALAM 'BAHASA MELAYU' MESTI BACA DALAM HATI, KALAU BACA MELALUI MULUT/MENGELUARKAN SUARA DALAM BAHASA MELAYU AUTOMATIK AKAN BATAL


_________________________________________________

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berkongsi pengalaman solat. Kita baru 6 solat sunat. Esok or bila bila kita akan sambung solat sunat syukur, solat sunat tasbih or etc. Selamat mencuba. Bagi yang belum pernah mencuba, buatlah perlahan lahan. Kita pun baru mulakan solat sunat ini tahun ni. Alhamdulillah. Selamat mencuba. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment